Tuesday, 18 December 2012

Petua Khas Untuk Teman-Teman yang inginkan CAHAYA MATA

Setiap pasangan yang berkahwin sudah pasti menginginkan cahaya mata, pengikat hubungan antara suami dan isteri. Terdapat 5 cara yang disyorkan:

1. Berdoa kepada Allah s.w.t

Doa yang boleh diamalkan adalah Surah Maryam, ayat 1-15 yang mengisahkan tentang Nabi Zakaria yang sekian lama tidak dianugerahkan zuriat dengan keadaan isterinya yang mandul. Berkat doa dan kesungguhan, akhirnya Baginda dianugerahkan zuriat.

2. Melihat waktu subur
Waktu terbaik untuk melakukan hubungan seks adalah sangat penting. Setiap pasangan perlu mengetahui bila saat ovulasi. (iaitu hari ke-14). Pada saat ini, tahap kesuburan adalah paling tinggi. Namun begitu,  hubungan seks sebelum ovulasi lebih baik berbanding selepas ovulasi.

3. Menjaga Kesihatan dan Makan makanan bergizi.

     

4. Hindari Stress

5. Jika keempat-empat cara di atas telah dilakukan, namun masih juga tida berjaya, JUMPALAH PAKAR YANG BERPENGALAMAN.


Selain daripada 5 cara di atas, di sini saya ingin kongsikan satu petua kampung yang dikongsi oleh seorang rakan....


Apa pun, selamat mencuba. Kita hanya merancang, Allah jua yang menetukan. Redha dan Tawakal sangat penting. Semoga hajat dimakbulkan NYA. Amin...




Tuesday, 11 December 2012

Petua Dapat Anak Lelaki

Satu-satunya Putera hatiku....

Anak merupakan satu anugerah Allah yang sangat bernilai buat ibu dan ayah. Anak juga merupakan satu tanggung jawab yang sangat - sangat lah besar bagi seorang yang bergelar ibu dan ayah. Ramai yang ingin memiliki anak tapi belum mendapat keizinan ILAHI. Ada pula yang inginkan anak lelaki dan ada juga yang inginkan anak perempuan.

Macam diriku, aku baru memiliki seorang putera dan hajat dihati ini ingin memiliki seorang lagi putera. Di sini ingin dikongsikan cara-cara untuk mendapatkan anak lelaki. Orang kata, jika kita membantu orang lain, Insya Allah, suatu hari nanti Allah akan bantu kita. Kita hanya merancang, tapi Allah jua yang menentukan. Sekiranya tiada usaha, manakan datangnya suatu kejayaan. Sama-sama kita amalkan, mudah-mudahan hajat kita dimakbulkan Allah s.w.t.

PENGENALAN :

Jantina ditentukan oleh ciri-ciri kromosom iaitu sperma suami membawa kromosom X dan Y. Ovum isteri hanya membawa kromosom X. Apabila kromosom suami bercantum dengan kromosom isteri, maka akan terbentuklah sama ada, XY (bayi lelaki) atau XX (bayi perempuan). Bagi mendapatkan anak lelaki, sudah pasti kita perlu berusaha untuk mendapatkan cantuman kromosom XY.

FASA 1 : 

Fasa ini merupakan fasa persediaan. Dalam fasa ini, isteri perlu makan lebih daging merah, makanan laut, kekacang serta makanan ringan yang masin seperti keropok. Isteri perlu mengelakkan makanan yang berasid selama 2 bulan sebelum mencuba.

Suami pula harus banyak minum minuman berkafien seperti kopi terutama 1 jam sebelum "bersama". Ini kerana ia dapat merangsang sperma Y lebih aktif. Sperma Y lebih cergas dan pantas bergerak berbanding sperma X. Namun begitu, jangka hayatnya pendek dan hanya boleh hidup dalam tempoh 24 jam sahaja.

FASA 2 :

Suami digalakkan "bersama" isteri pada hari ke-14 (dikira daripada hari pertama haid) bagi wanita normal yang mempunyai kita haid (28-29) hari dan digalakkan pada waktu malam. Teknik "Doggie Style" adalah disarankan kerana ini membenarkan penih suami lebih dekat dengan servik dan jarak perjalanan yang lebih pendek. Keadaan ini akan membenarkan sperma Y yang agresif mencapai telur dahulu sebelum sperma X.

Isteri pula harus dapat kepuasan yang tinggi semasa "bersama" kerana sistem badan wanita akan mengeluarkan cecair beralkali yang boleh merangsang pergerakan sperma.

Disamping itu juga, amalkan membaca doa semasa "bersama"

Setelah semua usaha dilakukan, sudahpasti diakhiri dengan berdoa dan bertawakal kepada Ilahi. 

Selain mendapatkan anak mengikut jantina yang diingini, satu perkara penting yang perlu diambil berat bagi setiap pasangan adalah mendapat anak yang soleh. Doa ini juga boleh dijadikan amalan ....


FASA 3 :

Setelah mengetahui kehamilan, seelok-eloknya 2 hingga 3 bulan amalan yang perlu dilakukan suami adalah membaca doa sambil menggosok / mengusap perut isteri sebanyak 3 kali, beserta niat yang bersungguh-sungguh.  Bismillahirrahmanirrahim...



"Ya Allah, sesungguhnya kami akan memberi nama anak yang berada dalam perut isteri kami dengan nama Muhammad (s.a.w) maka jadikanlah dia untuk kami seorang anak laki-laki dengan hak orang yang mempunyai nama yang mulia ini yakni Muhammad s.a.w.

           

Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan... Yang paling penting bukan jantina tapi anak yang soleh yang boleh membawa kita ke syurga... Insya Allah.... Walau apa pun, UMI AMAT SAYANGKAN ANAK-ANAK UMI, SITI, UMAR, AIN DAN AISYAH... semoga kalian menjadi anak yang soleh dan solehah...... Amin...

Wednesday, 5 December 2012

Bila Aku Bergelar Isteri kepada Encik Suami... Siri 1

Tanggal 20 Disember 2003, aku telah dinikahi encik suami... saat itu tidak dapat digambarkan perasaanku. Takut, gembira, berdebar.. semua ada... Majlis berjalan seperti yang dirancangkan... Masa tu orang yang paling gembira adalah arwah abah... gembira bila anak perempuannya telah selamat diijabkabulkan... Bermacam-macam pesanan arwah abah buat bekalan untuk aku meneruskan hidup sebagai isteri orang... Terima Kasih Abah....

Betul lah bagai dikata, bercinta selepas berkahwin sangat seronok dan sangat bahagia... Syukur padaMu Ya Allah... aku dikurniakan seorang suami yang sangat baik...

Seminggu selepas aku diijabkabulkan, aku diuji dengan menerima surat penempatan ke Johor Bahru... Hatiku begitu hiba, tetiba je menangis.... jauhnyer..... Tapi aku bersyukur kerana dulu aku pernah belajar di sana, so, takde lah risau sangat... tapi sedih tetap ada sebab terpaksa berjauhan kan.... hahaha...

Tanggal 30 Januari 2004, aku dikejutkan lagi dengan satu berita yang sangat menggembirakan aku... berita yang ditunggu dan diidamkan setiap wanita bergelar isteri... "Abang... saya rasa macam saya mengandung la..." Tapi suami nampak macam tak berapa suka, sebab dia masih belajar... "Takpe bang, setiap apa yang Allah bagi tentu ada hikmahnya... yang penting kita kena REDHA...."

Satu perangai aku masa mengandung...bila balik keje, aku suka sangat gosok perut dan berkomunikasi ngan anakku... aku membahasakan dia "Fatimah"... dalam hatiku, teringin sangat nak namakan dia Fatimah, macam nama anak kesayangan Rasulullah... lagi satu, Fatimah ni nama my mother... I Love her very much....  Satu lagi amalanku, aku suka sangat makan kurma... satu lagi yang paling penting, baca Al-Quran sampai khatam sepanjang mengandung.... Baca Surah Yasin setiap kali lepas solat maghrib.... Masa tu, suka sangat tengok carta perkembangan baby dalam perut... seronok melihat keajaiban ciptaan Allah s.w.t...

Detik 3.05 petang, 11 Oktober 2004, aku selamat melahirkan baby girl seberat 3.31kg... Syukur kepada Allah s.w.t kerana Allah telah memudahkan segala urusan... masa tu encik suami sedang Kursus KISM... Jam 7.30 petang baru encik suami sampai kat Hospital... sian dia basah kuyup... kene hujan... masa tu naik motor dari Kuala Terengganu ke HUSM Kubang Kerian... Syukur alhamdulillah, encik suami dibenarkan masuk dan encik suami mengiqamahkan baby kami... Setelah bergelar ibu, barulah aku sedar, betapa besarnya pengorbanan si ibu... 

Dalam pantang, aku diuji lagi dengan anak kecilku menangis... dari maghrib sampai 2-3 pagi baru diam... macam2 ayat dibaca my mother.... sian my mother... Sebulan berlalu, anakku masih juga menangis... akhirnya my mother panggil seorang ustaz, bila ustaz tu baca-baca ayat... dan dia minta segelas air dan beberapa biji beras... dia tanya aku apa nama anakku... "Nur Irdina Amni"... so, dia baca ayat dan letak satu biji beras dalam air tu... beras tu tenggelam... " anak ni tak sesuai ngan nama ni.." kata ustaz tu... "macam ni la, saya bagi dia nama Siti Fatimah..." kata ustaz lagi... kemudian sebiji beras lagi dimasukkan dalam air itu... Ya Allah... beras tu timbul.... "Ha.. ni mesti ibu berhajat nak letak nama ni..." kata ustaz tu lagi.... Aku senyum... teringat masa ngandungkan anakku, memang itulah nama yang aku selalu berinteraksi dengannya...

Syukur alhamdulillah... selepas pada itu, anak kecilku tidak menangis lagi...kekal la nama panggilan anakku "Siti Fatimah"........ 

To Be Continue...

MEMOTONG KUKU....

Memotong kuku??????
Kadang-kadang kita alpa apabila nak potong kuku... tengok kuku panjang ajer nak potong tanpa fikirkan waktu yang sesuai dan menjadi sunnah Rasulullah s.a.w. Tak payah tengok orang lain, aku sendiri pun sama... nak, nak bila tengok kuku anak2 yang panjang... jam..jam.. tu gak nak potong... Masha Allah... dah lama aku buat kerja tak betul....
Rupanya, nak potong kuku ni ada hari-harinya.. bukan main potong ajer... kat sini aku kongsikan Jadual Memotong Kuku yang menjadi amalan Rasulullah s.a.w...buat tatapan dan panduan kita semua...


Lepas ni, kalau nak potong kuku ingat... 3 hari dalam seminggu je tau... ISNIN, KHAMIS dan JUMAAT.

Sebelum memotong kuku, diajar pula kita supaya memanjatkan doa 




Semoga apa yang dikongsi dapat dimanfaatkan untuk semua... Selamat mengikut sunnah Rasulullah s.a.w... semoga kita mendapat berkat dari Allah s.w.t.. amin


Tuesday, 4 December 2012

Cameron Oh Cameron...

Tanggal 27 Oktober 2012, sekali lagi aku bersama buah hatiku memenuhi hasrat anak-anak untuk bermain rama-rama di Cameron Highlands. Setelah selesai menguruskan daging korban, kami meneruskan perjalanan ke CH. Anak-anak sangat gembira kerana ini merupakan kali pertama pada tahun ini kami berpeluang ke sana. Masing-masing menyanyi kegembiraan sepanjang perjalanan.

Syukur kehadrat Ilahi kerana kami telah selamat sampai ke tempat penginapan Bala's Chalet and Guest House. Tempat penginapan ala-ala "MAT SALLEH" yang menjadi impian aku selama ini. 




Selesai solat, kami terus ke Pasar Malam CH yang menjadi tumpuan para pelancong... kat situ, anakku, Siti belikan aku pelekat peti buah-buahan. Banyak dibelinya... katanya nak hadiahkan untuk umi... nak penuhkan pintu peti umi.. hahaha... sayang anak umi...


Malam tu, aku tak dapat tidur lena, pandang kiri, pandang kanan.. semua nampak nyenyak tidur... aku jugak la duk berkelip - kelip... tiba-tiba je dalam sedar tak sedar, aku dikejutkan dengan satu mimpi... entah masa bila aku tertidur... aku mimpi.. mimpi gigi ku patah... em, dulu-dulu aku selalu mimpi perkara yang sama, dan selang 2-3 hari pasti ada kematian orang terdekat dengan ku... jam handset suamiku menunjukkan jam 6.00 pagi... aku terus mengejutkan suami dan anak-anak... masing2 payah nak bangun.... aku pun.. memikirkan air yang sejuk tu... tapi solat punya pasal, terpaksa... 

Jam 8.30 pagi kami bersiap-siap dan merakamkan suasana indah sekitar Bala's Chalet and Guest House. Selesai sarapan kami terus ke Taman Rama-Rama, tempat untuk menunaikan janjiku kepada anak-anakku... Mereka sangat seronok.. aku dan suami hanya duduk melihat gelagat mereka.









Setelah sejam berlalu, kami beredar ke kedai bunga tepi Taman Rama-Rama itu... Masa tu aku tiba-tiba je rasa gatal tangan nak beli pokok periuk kera... hahaha.. jangan jelous yer rakan-rakan PPDROMPIN.. lepas ni boleh tempah lemang periuk kera dengan I.... 

                      

Apa pun, percutian kali ini amat menyeronokkan, kepada rakan-rakan... bawalah anak-anak ke CH dan yang paling penting. jangan lupa bila dah sampai CH bawalah anak-anak ke Taman Rama-Rama. Musim sejuk lagi bagus kerana suhu badan kita tinggi berbanding kat luar, so, rama-rama akan hinggap pada badan kita... itu yang menyeronokkan kanak-kanak.... Cameron Highlands... tunggu kedatanganku lagi.... insya allah...