Tanggal 20 Disember 2003, aku telah dinikahi encik suami... saat itu tidak dapat digambarkan perasaanku. Takut, gembira, berdebar.. semua ada... Majlis berjalan seperti yang dirancangkan... Masa tu orang yang paling gembira adalah arwah abah... gembira bila anak perempuannya telah selamat diijabkabulkan... Bermacam-macam pesanan arwah abah buat bekalan untuk aku meneruskan hidup sebagai isteri orang... Terima Kasih Abah....
Betul lah bagai dikata, bercinta selepas berkahwin sangat seronok dan sangat bahagia... Syukur padaMu Ya Allah... aku dikurniakan seorang suami yang sangat baik...
Seminggu selepas aku diijabkabulkan, aku diuji dengan menerima surat penempatan ke Johor Bahru... Hatiku begitu hiba, tetiba je menangis.... jauhnyer..... Tapi aku bersyukur kerana dulu aku pernah belajar di sana, so, takde lah risau sangat... tapi sedih tetap ada sebab terpaksa berjauhan kan.... hahaha...
Tanggal 30 Januari 2004, aku dikejutkan lagi dengan satu berita yang sangat menggembirakan aku... berita yang ditunggu dan diidamkan setiap wanita bergelar isteri... "Abang... saya rasa macam saya mengandung la..." Tapi suami nampak macam tak berapa suka, sebab dia masih belajar... "Takpe bang, setiap apa yang Allah bagi tentu ada hikmahnya... yang penting kita kena REDHA...."
Satu perangai aku masa mengandung...bila balik keje, aku suka sangat gosok perut dan berkomunikasi ngan anakku... aku membahasakan dia "Fatimah"... dalam hatiku, teringin sangat nak namakan dia Fatimah, macam nama anak kesayangan Rasulullah... lagi satu, Fatimah ni nama my mother... I Love her very much.... Satu lagi amalanku, aku suka sangat makan kurma... satu lagi yang paling penting, baca Al-Quran sampai khatam sepanjang mengandung.... Baca Surah Yasin setiap kali lepas solat maghrib.... Masa tu, suka sangat tengok carta perkembangan baby dalam perut... seronok melihat keajaiban ciptaan Allah s.w.t...
Detik 3.05 petang, 11 Oktober 2004, aku selamat melahirkan baby girl seberat 3.31kg... Syukur kepada Allah s.w.t kerana Allah telah memudahkan segala urusan... masa tu encik suami sedang Kursus KISM... Jam 7.30 petang baru encik suami sampai kat Hospital... sian dia basah kuyup... kene hujan... masa tu naik motor dari Kuala Terengganu ke HUSM Kubang Kerian... Syukur alhamdulillah, encik suami dibenarkan masuk dan encik suami mengiqamahkan baby kami... Setelah bergelar ibu, barulah aku sedar, betapa besarnya pengorbanan si ibu...
Dalam pantang, aku diuji lagi dengan anak kecilku menangis... dari maghrib sampai 2-3 pagi baru diam... macam2 ayat dibaca my mother.... sian my mother... Sebulan berlalu, anakku masih juga menangis... akhirnya my mother panggil seorang ustaz, bila ustaz tu baca-baca ayat... dan dia minta segelas air dan beberapa biji beras... dia tanya aku apa nama anakku... "Nur Irdina Amni"... so, dia baca ayat dan letak satu biji beras dalam air tu... beras tu tenggelam... " anak ni tak sesuai ngan nama ni.." kata ustaz tu... "macam ni la, saya bagi dia nama Siti Fatimah..." kata ustaz lagi... kemudian sebiji beras lagi dimasukkan dalam air itu... Ya Allah... beras tu timbul.... "Ha.. ni mesti ibu berhajat nak letak nama ni..." kata ustaz tu lagi.... Aku senyum... teringat masa ngandungkan anakku, memang itulah nama yang aku selalu berinteraksi dengannya...
Syukur alhamdulillah... selepas pada itu, anak kecilku tidak menangis lagi...kekal la nama panggilan anakku "Siti Fatimah"........
To Be Continue...
No comments:
Post a Comment